Kamal, Mariam dicemuh di media sosial

SPM: Kamal, Mariam dicemuh di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persoalan siapa ‘Kamal’ dan ‘Mariam’ yang sohor di media sosial terutama dalam kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akhirnya terjawab apabila dipercayai berkaitan dengan ujian mendengar Bahasa Inggeris yang berlangsung kelmarin.

Menerusi pemerhatian Utusan Malaysia di media sosial, kedua-dua nama itu sohor bukan sahaja di media sosial Twitter, tetapi juga TikTok setelah calon SPM berkenaan merungut dengan audio perbualan Kamal dan Mariam yang kurang jelas ketika ujian Bahasa Inggeris diadakan.

Mereka mendakwa audio itu tidak difahami dengan baik sehingga menyebabkan para calon ujian itu sukar menjawab soalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut seorang calon SPM dikenali Sofea, rakaman audio suara Kamal dan Mariam kurang jelas dan menyebabkannya tidak memahami apa yang ditutur.

Malah katanya, bukan dia sahaja yang tidak faham tetapi rakan-rakannya yang lain juga terkeliru dengan percakapan dua nama berkenaan.

“Ujian Bahasa Melayu ok tiada masalah, tetapi ujian lisan Bahasa Inggeris pula bermasalah. Lagi-lagi suara Kamal dan Mariam, cakap satu pun tidak faham. Apa mereka cakap sebenarnya, langsung tidak faham, macam laju membebel,” luah remaja itu menerusi akaun TikTok beliau.

Terdahulu, nama Kamal sohor di Twitter sejak kelmarin setelah calon SPM rancak membincangkan nama itu yang dipercayai berkaitan salah satu audio ujian lisan Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memaklumkan, peperiksaan amali sains SPM bermula pada 30 Januari lalu manakala ujian bertutur Bahasa Melayu pada 7 dan 9 Februari dan Bahasa Inggeris pada 13 hingga 15 Februari.

Selain itu, ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 16 Februari dan peperiksaan bertulis SPM 2022 melibatkan 403,637 bermula dari Isnin depan hingga 15 Mac ini.

Dalam pada itu, seorang calon SPM memberitahu, dia bingung sama ada Kamal sedang bercakap atau menyanyi lagu Rap.

“Kamal cakap laju, nak buat ujian lisan atau ke nak rap,” luah pemilik TikTok @itsme.010. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini