JERANTUT: Syarikat bidang hartanah dan perumahan, Pembinaan Jaya Depan Sdn. Bhd. menyasarkan membina 10,000 unit Rumah Mesra Syariah (RMS) di Pantai Timur berkonsepkan keagamaan, termasuk disediakan kemudahan tanda arah kiblat dan privasi untuk penghuninya. RMS juga menyediakan kemudahan tempat wuduk yang mesra tetamu dan mementingkan kejiranan harmoni bersesuaian dengan nilai-nilai Islam sebagai konsep di luar kediaman. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Jaya Depan, Jason Tee berkata, projek perintis di…










