Jawatankuasa sekretariat mula rundingan kerusi PRN

Jawatankuasa sekretariat mula rundingan kerusi PRN

ASYRAF WAJDI DASUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah-Pengarah Pilihanraya dan wakil-wakil parti-parti gabungan utama kerajaan dan Parti Warisan dijangka memulakan rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa. 

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan itu dijalankan di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Perundingan Kerusi yang ditubuhkan pada mesyuarat pertamanya, malam tadi. 

“Pengarah-Pengarah Pilihanraya dan wakil-wakil Parti-Parti Gabungan Utama (PH, BN, GPS dan GRS) dan Parti Warisan untuk memulakan perundingan kerusi bagi menghadapi PRN terutamanya Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik pula berperanan untuk menyelaraskan dan menilai pencapaian dalam aspek pelaksanaan intipati manifesto parti-parti gabungan oleh Kerajaan bagi manfaat rakyat. 

Beliau berkata, ia terutamanya yang berhubung dengan kesejahteraan hidup, bebanan kos sara hidup rakyat, pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Selain itu, jawatankuasa itu juga bertanggungjawab menyediakan kertas-kerta perancangan strategik mengenai hala tuju kerjasama dan masa hadapan hubungan setiap parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Jawatankuasa Komunikasi Strategik pula menyelaras dan merencanakan program penerangan bersama di kalangan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan sehingga ke akar umbi, di samping menangani optik dan naratif komunikasi kepada rakyat menggunakan pelbagai platform media,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN