Idea Tabung Kewangan Asia perlu dikaji semula

Idea Tabung Kewangan Asia perlu dikaji semula

Anwar Ibrahim bersalam dengan masyarakat Islam setempat selepas solat Jumaat di Pusat Islam Thailand di Bangkok semalam. -PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF) perlu dikaji semula bagi menghadapi krisis ekonomi.

Mencadangkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rantau ini akan mendapat keuntungan daripada AMF, yang dicadang­kan oleh Jepun untuk meme­rangi Krisis Kewangan Asia 1997, tetapi tidak pernah dilaksanakan.

“Kita boleh bekerjasama dengan orang luar tetapi kita harus mempunyai kekuatan domestik, serantau dan Asia, tidak semestinya untuk bersaing tetapi mempunyai zon penampan (bagi menghadapi krisis ekonomi).

“Bagi mereka yang mempunyai pengalaman mena­nganinya, ia akan sangat membantu kerana setiap kali terdapat tanda-tanda masalah, kita segera mengadakan sesi dan mula saling memberi peri­ngatan antara satu sama lain,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Pertemuan Perniagaan dengan Pemimpin Industri – The Future of ASEAN, di Bangkok, semalam.

Dalam masa yang sama, Anwar turut mencadangkan agar AMF disemak untuk mema­sukkan negara seperti China, Jepun dan Korea Selatan.

Cadangan AMF oleh Jepun untuk memerangi Krisis Kewangan Asia 1997 tidak pernah direalisasikan berikutan tentangan dari Amerika Syarikat dan keengganan China untuk menyokongnya.

Dalam pada itu, Anwar ber­kata, tidak banyak yang boleh dilakukan ASEAN berhubung ketegangan antara China dan Amerika Syarikat.

“Ini tentang ketersambungan, tentang pendigitalan, tentang pelaburan, tentang menggunakan ini sebagai asas penting untuk kuasa besar dari segi ekonomi, kedua-duanya dengan China atau Amerika Syarikat.

“Malangnya kita terpaksa bergelut dengan masalah ke­te­gangan antara China dan Amerika Syarikat, sangat se­dikit yang boleh kita lakukan, selain memastikan kita akan kekal berkecuali, jalin hubungan baik dengan China dan Amerika Syarikat dan mendapat manfaat dari segi pelaburan baharu, kemudahan baharu, yang akan memberi kesan positif kepada sebahagian besar rakyat kita.

“FTA (Perjanjian Perdaga­ngan Bebas) ASEAN dan semua inisiatif lain, yang sedang berjalan, diakui keberkesanannya. Oleh itu, kita harus mendorong perdagangan dan pelaburan dengan menggunakan kelebihan perbandingan,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN