KUALA LUMPUR: Pelakon, Ammar Alfian, 39, mengambil keputusan untuk bersemuka dengan seorang individu yang didakwa menghina dan menjatuhkan reputasi seluruh penerbitan filem Orang Perang.
Jelasnya, individu yang menggunakan akaun Thread firdausashaj itu melampau dalam menabur penghinaan, malah melampau dalam cubaannya untuk menjatuhkan reputasi filem berkenaan.
“Kritik hasil kerja orang, kami terima. Tapi bila dah melibatkan agenda peribadi, penghinaan dan cubaan menjatuhkan reputasi, itu dah melampau.
“Jadi, saya memutuskan untuk berdepan@firdausashaj sebab cubaan untuk tutup periuk nasi Orang Perang production. Anda Berani merentan dalam media sosial sahaja,” katanya.
Terdahulu, Ammar bertindak memuat naik tangkap layar yang mengandungi perbualan antara beliau dengan individu terbabit.
Pelaku yang pada awalnya mengajak Ammar bersemuka, secara tiba-tiba membatalkan hasratnya atas alasan urusan peribadi.
Sebelum ini, Firdaus menerusi perkongsian dalam Thread, menyelar pengarah, Hashim Rejab kerana menggunakan pelakon kontroversi, Ms Pui Yi dalam filem Orang Perang.
Ammar dalam perkongsian sama bertindak mendedahkan identiti pelaku yang dianggapnya hanya berani dalam
media sosial namun takut bila dipelawa bersemuka.
“Saya tahu siapa anda, seorang lelaki 40-an yang berselindung di sebalik paparan skrin untuk telefon melempiaskan kemarahan.
“Dan sekarang kami sedar yang bercakap kosong, tiada apa lagi yang perlu saya katakan. Tak guna layan orang haprak macam kau,” ujarnya.- UTUSAN











