Hannah akur peruntukan ahli parlimen dikurangkan

Hannah akur peruntukan ahli parlimen dikurangkan

HANNAH Yeoh bersama Acryl Sani Abdullah Sani pada Program Mendaki Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memutuskan supaya peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan tahun ini.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut itu berkata, beliau belum diberi taklimat secara terperinci mengenai pengurangan peruntukan berkenaan yang dijangka akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023.

“Kita belum ada taklimat mengenai penggunaan peruntukan tersebut, tetapi saya rasa kita akan ikut nasihat Kabinet.

“Kalau itu yang diperuntukkan, kita akan tunggu penerimaan. “Kita tunggu dulu untuk sidang Bajet 2023 akan bermula tak lama lagi,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika Program Mendaki Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Persekutuan Bukit Kiara, di sini hari ini. 

Jumaat lalu, Perdana Menteri mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan ahli parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar dilaporkan berkata, pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan untuk ahli parlimen selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembangunan Negeri.

Bagaimanapun, kerajaan sedia mempertimbangkan untuk memberi peruntukan pembangunan tambahan kepada ahli parlimen bagi projek mendesak seperti memperbaiki infrastruktur surau, jalan raya dan sungai yang mengalami kerosakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya