Hairul Azreen selamat jalani pembedahan lutut - Utusan Malaysia

Hairul Azreen selamat jalani pembedahan lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan pelakon, Hairul Azreen stabil selepas menjalani pembedahan pada lutut kiri akibat kecederaan ligamen krusiata anterior (ACL), semalam.

Hairul berkongsi keadaan terkini menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

“Tiga jam selepas pembedahan ACL,” tulisnya.

Hairul mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani penggambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis tampil memberi kata semangat dan mendoakan kesembuhan Hairul.

Antaranya adalah Fattah Amin, Tomok dan Raja Ilya.

“Semoga cepat sembuh,” tulis Fattah Amin.

“Semoga cepat sembuh Hairul… Banyakkan rehat,” komen Tomok.

“Oh tidak… Saya tahu apa yang anda rasakan, saya juga mengalami perkara sama dan ia tidak menyenangkan. Tetapi, saya pasti anda akan segera sembuh berbanding orang lain,” tulis Raja Ilya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya