Godaan mesti ada, terpulang nak layan atau tidak - Aeril Zafrel - Utusan Malaysia

Godaan mesti ada, terpulang nak layan atau tidak – Aeril Zafrel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau nak curang, dekat Waze pun boleh. Tak perlu aplikasi cari jodoh pun. Godaan itu mesti ada, bergantung kepada kita. Terpulang sama ada nak layan atau tidak.”

Itu jawapan pelakon, Aeril Zafrel apabila sering diangkat sebagai contoh suami setia setiap kali timbul kontroversi melibatkan lelaki curang.

Jelas Aeril, sebagai lelaki, pasti akan ada keinginan untuk cuba mendekati atau mengurat wanita lain, namun semuanya bergantung kepada niat dan kawalan diri.

“Tipulah lelaki tidak ada niat nak cari lain. Cuma, kita kawal dan halang perasaan itu. Semuanya bergantung kepada individu tersebut. Curang adalah pilihan.

“Saya tidak mahu langgar kepercayaan dan keyakinan isteri. Takut nanti timbul keraguan dan was-was. Saya sendiri ada kredibiliti. Saya juga ada anak-anak, itu semua perlu saya jaga,” kata suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini.

Dalam pada itu, Aeril mendedahkan, dia pernah didekati pelakon wanita lain ketika menjalani penggambaran sebuah drama, namun tangkas menolak dan berterus terang mengenai pendiriannya sebagai suami orang.

“Waktu itu dia masih baru. Mungkin terlalu menjiwai watak sehingga mengaku mahu mengurat saya. Tetapi, saya berterus terang sahaja. Jangan lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Wawa juga tidak ada masalah. Kami sentiasa berterus terang. Dia boleh buka telefon saya sebab antara kami tidak ada rahsia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya