Gerai Menu Rahmah dijangka meningkat dua kali ganda

Gerai Menu Rahmah dijangka meningkat dua kali ganda – Salahuddin

SALAHUDDIN Ayub (lima dari kanan) dan Alexander Nanta Linggi (empat dari kanan) ketika melancarkan Menu Rahmah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Lebuhraya ELITE (arah Selatan), Dengkil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jumlah premis yang menawarkan Menu Rahmah dijangka meningkat dua kali ganda pada masa depan disokong penyertaan syarikat perniagaan francais makanan dan minuman.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan data semasa, lebih 700 premis dan restoran menawarkan menu berkenaan di seluruh negara.

“Jumlah Menu Rahmah ini akan terus meningkat dengan penyertaan Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald’s pada bulan depan.

“Jumlah itu tidak termasuk syarikat-syarikat francais seperti Marry Brown, Burger King,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rahmah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Lebuhraya ELITE (arah Selatan), di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Salahuddin berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi berkenaan daripada pengguna bahawa menu itu tidak berkhasiat.

“Kami tidak mendapat aduan makanan itu tidak berkualiti sebaliknya apa yang kita dengar rezeki mereka (peniaga dan penjual) bertambah.

“Jika dahulu, mereka mengadu pelanggan tak ramai tapi kini lebih ramai selepas menyediakan Menu Rahmah,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemain industri sektor pembuatan dalam masa terdekat bagi meringankan kos penyediaan menu tersebut.

“Selepas ini saya akan terus berjumpa dengan pihak yang menjadi pengeluar makanan atau pusat pengeluaran makanan. Mungkin di sana nanti kita akan bincang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 101 gerai di sepanjang laluan Lebuhraya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menyediakan Menu Rahmah sejak 23 Februari lalu.

Menurutnya, bagi fasa pertama, Menu Rahmah akan ditawarkan di beberapa R&R serta Hentian Sebelah di Wilayah Tengah manakala, fasa kedua pula membabitkan R&R dan Hentian Sebelah di Wilayah Utara dijangka akan dilaksanakan sebelum 2 Mac ini.

“Bagi fasa ketiga pula, ia akan melibatkan Wilayah Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual dilaksanakan sebelum 9 Mac ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya