Empat warga emas maut nahas kereta, treler - Utusan Malaysia

Empat warga emas maut nahas kereta, treler

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sungai Baru, Trong dekat Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Empat warga emas maut setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Sungai Baru, Trong dekat sini petang tadi.

Mangsa yang maut dikenali Ng Swee Ho, 67; Ng Ah Mooi, 63; Chew Yang Kim, 77, dan Kor Siok Har, 64.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd. Shahidan Hassan berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 5.31 petang.

Katanya, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dinaiki kesemua mangsa dan treler muatan batu arang.

“Kemalangan itu mengakibatkan empat mangsa menaiki kereta tersepit di dalam kenderaan.

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota menjalankan operasi menggunakan peralatan menyelamat untuk membawa keluar kesemua mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.23 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.