Empat tahun derita tiada air - Utusan Malaysia

Empat tahun derita tiada air

PENDUDUK berkumpul meminta pihak berkenaan menyelesaikan segera masalah air dihadapi mereka sejak empat tahun lalu di Taman Seri Bayu 2, Sungai Lalang di Sungai Petani. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Seri Bayu 2, Sungai Lalang di sini me­minta Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan mereka yang kini sudah berlarutan hampir empat tahun.

Penduduk mendakwa, perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat telah beberapa kali dilakukan sebelum ini, namun tidak juga menyelesaikan masalah di taman perumahan yang memiliki 600 unit kediaman itu.

Seorang daripada mereka, Abdul Hamid Said, 72, berkata, masalah tersebut dijangka berlarutan menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Penduduk di kawasan lain mudah sahaja dapat air bersih setiap hari berbanding penduduk di Taman Sri Bayu 2 ini.

“Air dihantar ke rumah penduduk dua hari sekali ketika ini tak cukup dan tak dapat tampung permintaan, jika hendak minum air bersih pula kami perlu beli air botol di luar,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Azmi Sezali, 47, berkata, bekalan air daripada tangki rumah mereka juga didapati berkarat dan menyebabkan perlu bergantung kepada air yang dihantar lori.

Katanya, penduduk pasti rasa lega jika air dihantar ke rumah mulai pukul 7 hingga 9 pagi setiap hari diikuti waktu malam.

Seorang pekerja kilang, Naemah Saffiee, 37, yang mendiami perumahan itu berkata, bil air tetap sampai ke rumah setiap bulan walaupun kualiti air tidak dinikmati mereka selama ini.

“Saya terpaksa kongsi masalah ini dalam Facebook bagi cari penyelesaian,” katanya.

Seorang suri rumah, Razmiza Izhan Abdul Rashid, 46, berkata, gangguan bekalan air sudah kritikal sejak tiga tahun lalu.

“Tangki air yang ada di kawasan ini sudah tidak berfungsi, SADA perlu baiki tanpa perlu beri banyak alasan,” katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Bayu 2, Omar Ismail, 50, berkata, penduduk sudah tidak tahan lagi apabila berada dalam situasi sedemikian rupa.

Utusan Malaysia akan mendapatkan maklum balas daripada SADA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.