Ketua syarikat bot dipenjara kes kapal karam di Jepun

Ketua syarikat bot dipenjara kes kapal karam di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Ketua syarikat bot persiaran di Jepun dijatuhi hukuman penjara lima tahun berhubung insiden kapal karam pada 2022 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa, menurut mahkamah tempatan hari ini.

Mahkamah Daerah Kushiro memutuskan hukuman itu ke atas Seiichi Katsurada, presiden syarikat yang mengendalikan bot berkenaan, selepas mendapati terdapat isu keselamatan termasuk kecacatan pada penutup dek serta penyelenggaraan tidak sempurna.

Kapal Kazu I membawa 24 pelancong dan dua anak kapal ketika ia karam pada 23 April 2022 di perairan berhampiran Semenanjung Shiretoko di utara Hokkaido, kawasan yang terkenal dengan hidupan liar dan pemandangan semula jadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada insiden itu, 20 mayat ditemukan manakala enam lagi masih dilaporkan hilang.

Katsurada dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah atas kes kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, menurut jurucakap mahkamah kepada AFP.

Sepanjang perbicaraan, beliau menafikan tanggungjawab jenayah, manakala pihak peguamnya mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan, menurut laporan Jiji Press.

Beliau sebelum ini ditahan pada 2024 atas tuduhan kecuaian profesional dan dibebaskan dengan jaminan pada Oktober tahun sama sementara menunggu proses rayuan.

Laporan jawatankuasa pengangkutan kerajaan pada 2023 menyimpulkan Kazu I belayar tanpa penutup dek yang dipasang dengan betul, menyebabkan air laut masuk ke dalam kapal.

Ia itu turut menyebut penyelenggaraan yang lemah serta pengawasan tidak mencukupi terhadap penutup dek uzur, selain menambah kekurangan kakitangan pengendali yang mempunyai ‘kepakaran dan pengalaman mencukupi dalam pelayaran selamat’ turut menyumbang kepada tragedi tersebut.

Pihak berkuasa berkata, ketiadaan sebarang mangsa yang terselamat menjadikan siasatan itu ‘sangat sukar dan memakan masa’, sehingga mengambil lebih dua tahun untuk disiapkan.

Jurucakap kanan kerajaan, Minoru Kihara, berkata kepada pemberita pada Rabu selepas keputusan mahkamah bahawa kerajaan komited untuk meneruskan usaha memastikan keselamatan kapal penumpang bagi mengelakkan tragedi seperti ini daripada berulang.

Sementara itu, presiden syarikat pengendali bot tersebut dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu akan terus memohon maaf dan menyediakan pampasan, menurut penyiar awam NHK.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini