Empat lelaki diperintah bela diri atas tuduhan rogol berkumpulan - Utusan Malaysia

Empat lelaki diperintah bela diri atas tuduhan rogol berkumpulan

EMPAT lelaki yang dituduh merogol berkumpulan terhadap seorang budak perempuan dibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengarahkan empat lelaki membela diri atas tuduhan rogol berkumpulan terhadap seorang budak perempuan pada 2020.

Hakim Nooriah Othman membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir pendakwaan terhadap kesemua tertuduh.

Empat tertuduh itu adalah Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 24, Muhammad Ghardafi Abdullah, 23, Ahmad Syah Herfudin Omar, 26, dan seorang lagi pemuda berusia 20 tahun.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun.

Kesalahan itu dilakukan secara berkumpulan oleh tertuduh antara pukul 9 sehingga 11 malam pada 29 September 2020.

Jika sabit kesalahan, keempat-empat tertuduh boleh dipenjarakan antara 10 sehingga 30 tahun di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Mei depan sebagai tarikh bicara kes di peringkat pembelaan.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, berumur 19 tahun dibebaskan daripada pertuduhan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie atas tuduhan tersebut.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Wan Syahrizal Wan Ladin, Nik Ismail Nik Lah dan Masliela Ismail. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya