Dua agensi pekerjaan disiasat rekrut pekerja untuk sindiket

Dua agensi pekerjaan disiasat rekrut pekerja untuk sindiket

LIMA mangsa penipuan kerja luar negara yang dibawa pulang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mengesahkan dua syarikat agensi pekerjaan tempatan terbabit merekrut rakyat negara ini untuk bekerja dengan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara. Itu modus operandi terbaru sindiket penipuan kerja yang didedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan beberapa individu bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mendapati dua syarikat itu adalah agensi pekerjaan yang sah malah turut menjalankan aktiviti membawa pekerja asing ke negara ini dalam pelbagai sektor.

Beliau berkata, siasatan mendapati, syarikat itu bersubahat untuk menjerat mangsa di negara ini sebelum dihantar bekerja dengan sindiket di luar negara.

“Mereka ada lesen tapi mengambil kesempatan eksport rakyat Malaysia. Dua syarikat itu kini disiasat Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM),” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Katanya, pihaknya juga mendapati, syarikat sama turut merekrut warga asing untuk bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah dan buruh ladang.

Abd Jalil berkata, fokus kini terarah kepada usaha mengesan dalang sindiket itu yang dipercayai di dalam dan di luar negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya