Disindir? Saya tak terkesan - Adam Shahz - Utusan Malaysia

Disindir? Saya tak terkesan – Adam Shahz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Shahz enggan mengambil pusing tentang isu sindiran yang dikatakan dilakukan suami bekas isterinya, Fatin Afeefa, Aliff Awang di media sosial, baru-baru ini.

Kata Adam atau nama penuhnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia hanya mengetahui perkara itu selepas pulang dari mahkamah, Khamis lalu, namun memilih untuk mengunci mulut mengenainya.

“Saya sebenarnya tidak mengetahui perkara itu dan hanya menyedarinya selepas menerima tangkap layar video daripada seseorang selepas selesai perbicaraaan di mahkamah.

“Saya tidak mahu komen tentang perkara tersebut, lebih baik saya berdiam dahulu. Setiap individu ada pendapat dan penilaian sendiri, tetapi saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan,” katanya.

Aliff menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, dilihat menunjukkan satu petikan pendek yang tergantung di dinding ketika berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini.

Kata Adam lagi, dia tidak terkesan dengan isu yang diperkatakan, malah menganggap ia perkara biasa yang perlu dilaluinya.

“Lima tahun saya berhadapan dengan pelbagai isu, jadi saya tidak terkesan langsung dengan perkara ini,” ujarnya.

Bercakap soal perbicaraan kes hak penjagaan anaknya bersama Fatin, Ivy Herra Sophia, 7, Adam berkata, buat masa ini mereka masih menunggu keputusan mahkamah

“Biar mahkamah yang putuskan. Perbicaraan pertama akan diadakan pada 28 Febuari nanti.

“Sebelum ini, kami tidak pernah menetapkan hak penjagaan kepada mana-mana pihak dan ia mengikut kelapangan masing-masing,” katanya.

Perkahwinan Adam dan Fatin pada 2013 ternoktah pada 2017 selepas empat tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya