Cukai vape boleh dilaksanakan - Kementerian Kewangan - Utusan Malaysia

Cukai vape boleh dilaksanakan – Kementerian Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cukai terhadap produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan selesai meneliti isu perundangan mengenai bahan tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, kementerian sedang meneliti peruntukan undang-undang dan mungkin terdapat pengumuman mengenai cukai vape di dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang 24 Februari ini.

“Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.

Chee Keong berkata, dianggarkan sebanyak RM353 juta pada 2021 dan RM364 juta (2022) kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol berdasarkan pengiraan rampasan.

“Namun mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan komited dalam mempertingkat usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesai atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut.

Jelasnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan telah dilaksana bagi menangani isu tersebut antaranya mengehadkan aktiviti pemindahan kapal, rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan penggunaan kontena berstandard ISO sahaja dan melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya