Belanjawan 2023: RM500 juta diperuntukkan selenggara rumah ATM - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: RM500 juta diperuntukkan selenggara rumah ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara rumah Keluarga Angkatan Tentera (ATM) dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Belanjawan 2023 memperuntukkan jumlah itu bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi ATM secara berfasa.

“Kerajaan akan membina lebih 7,000 unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan kerajaan bersetuju supaya pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang menawarkan peluang untuk anggota meneruskan bayaran balik baki pinjaman seperti biasa sehingga selesai.

Usaha ini membolehkan 4,000 peminjam LPPSA layak menstruktur semula pembiayaan mereka dan 700 peminjam bakal bersara tidak berpencen setiap setahun dapat meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa.

Berdasarkan peraturan semasa, anggota ATM yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen perlu membuat penyelesaian penuh baki LPPSA.

Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Di bawah ikhtiar ini, seramai 5,000 veteran ATM yang berpencen tahun ini akan ditawarkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau menerima latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan.

“Untuk meningkatkan kemahiran 1,250 orang veteran, Jabatan Hal Ehwal Veteran bersama-sama agensi kerajaan lain akan menawarkan lima bidang kursus antaranya pengendalian dron, keselamatan siber dan penyelenggaraan pesawat selama tiga bulan,” jelas Anwar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya