Marissa, Aslam cerai, Abby Abadi syukur - Utusan Malaysia

Marissa, Aslam cerai, Abby Abadi syukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah.” Demikian kata pelakon dan penyanyi, Abby Abadi usai menerima khabar perceraian anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan pempengaruh, Aslam Kasyfun Nazir Rashid, pagi tadi.

Tidak memberi komen panjang, perkongsian ringkas di Threads itu seolah menggambarkan kegembiraan seorang ibu selepas melihat anaknya berjaya menempuhi ujian rumah tangga dengan matang meskipun berakhir dengan perceraian.

Perkongsian tersebut turut meraih pelbagai reaksi dari kalangan warganet yang rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat buat Marissa agar terus melangkah maju ke hadapan demi mencari kebahagiaan yang diimpikan.

“Alhamdulillah, ibu tahu yang terbaik,” komen netizen.

“Marisa masih muda cantik, sopan, pandai, berkerjaya, keluarga baik, semua dah cukup pakej. Terbanglah tinggi Marissa. Bina kembali hidupmu yang baru,” komen warganet.

Hari ini, Marissa dan Aslam disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika menghadiri sesi prosiding pengesahan lafaz cerai.

Pada 10 Mac lalu, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan.

Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan, malah berlangsung tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Marissa, Abby dan Norman Hakim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN