Beku akaun Bersatu bermotif politik

Beku akaun Bersatu bermotif politik

KAMARUDIN MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat pusat didakwa bermotifkan politik dan strategi terancang untuk melumpuhkan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, tindakan itu tidak akan menghalang PN menawan hati rakyat malah beliau yakin pengundi yang menyokong PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan terus setia bersama parti tersebut.

“Perjuangan untuk menang dalam PRN nanti bukan bergantung sepenuhnya kepada sumber kewangan, tetapi lebih kepada semangat dan perjuangan yang hakiki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan akaun Bersatu dibekukan dan perkara itu dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Ia bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, akaun Bersatu dibekukan surahanjaya itu lebih dua minggu lalu.

Dalam masa sama, menurut Kamarudin, akaun Bersatu Kelantan tidak terjejas dan masih aktif.

“Dana wang sumbangan di dalam akaun parti hanya boleh dipersoal oleh ahli sahaja,” tambahnya.

Semalam, kepemimpinan di enam negeri ‘mencapai persefahaman’ untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing seawal-awalnya pada Mei ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, terdapat perbincangan tidak rasmi beliau dengan kepe­mimpinan Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang  bagi menentukan tarikh PRN.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, terdapat seakan-akan persefahaman pembubaran DU­N di negeri-negeri itu tidak berlaku bulan depan atau April ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya