Anwar 'kembali' ke Menara Dato' Onn selepas 25 tahun - Utusan Malaysia

Anwar ‘kembali’ ke Menara Dato’ Onn selepas 25 tahun

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 25 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjejakkan kaki ke Menara Dato’ Onn yang merupakan Ibu pejabat UMNO buat kali pertama selepas disingkirkan daripada parti itu pada 1998.

Namun kehadiran Perdana Menteri ke bangunan itu yang juga menempatkan pejabat Barisan Nasional (BN) bukanlah untuk menghadiri sebarang mesyuarat atau program UMNO, sebaliknya bagi mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Pertemuan yang dijangka berlangsung pada 8.30 malam ini juga melibatkan sama wakil parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan antaranya Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah.

Bagaimanapun kehadiran Presiden PKR dan Pengerusi PH ke bangunan UMNO itu bukanlah satu perkara baharu apabila Anwar sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Anwar dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998, selepas dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO dalam pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya