Anak kembar penyeri hidup Stephen Rahman Hughes

Anak kembar penyeri hidup Stephen Rahman Hughes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon kacukan Inggeris-Melayu, Stephen Rahman Hughes, 53, melahirkan keterujaan selepas dikurniakan pasangan kembar lelaki, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Stephen menerusi Instagram apabila memuat naik foto dia sedang mendukung kembar yang baru dilahirkan di sebuah hospital di United Kingdom.

Menerusi perkongsian itu, Stephen yang pernah memegang watak Hang Tuah dalam muzikal Puteri Gunung Ledang pada 2006 memaklumkan, pasangan kembar itu diberi nama Sonny Rain dan Remy Jude.

“Hari ini hidup saya mengalami perubahan besar. Anak kembar! Isteri saya bersalin sekali lagi dengan melahirkan dua anak lelaki yang comel,” tulisnya di media sosial.

Hughes turut mengimbas bagaimana isterinya berdepan pengalaman yang sangat menguji semasa melahirkan anak pertama, Aphra, 18 bulan lalu.

Kongsinya, perjalanan hidup bersama Anjali Mehra Hughes untuk mendapatkan zuriat begitu mencabar, malah mereka telah berusaha sejak sekian lama.

“Kehidupan kami lebih bermakna dengan kehadiran tiga ‘malaikat’ kecil ini.

“Kami sentiasa berharap dan berusaha sejak sekian lama dengan penuh sabar menantikan kehadiran zuriat. Kami sangat bersyukur,” katanya yang pernah membintangi filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Hughes pada masa sama, turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan yang berusaha keras memastikan keselamatan insan yang disayanginya sepanjang proses kelahiran.

“Terima kasih atas ketekunan, kesabaran dan kerja keras mereka sepanjang tempoh paling mencabar itu.

“Kakitangan perubatan begitu penyayang dan sangat prihatin dalam keadaan yang mencabar itu.

“Tanda sayang dari kami, Stephen, Anj, Aphra, Sonny Rain dan Remy Jude,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.