2 lelaki tidak mengaku pecah rumah, lupus harta curi - Utusan Malaysia

2 lelaki tidak mengaku pecah rumah, lupus harta curi

M. PANJANATHAN dan R. Sharvin ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan memecah masuk rumah dan melupuskan harta curi bulan lalu. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BJKIT MERTAJAM: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memecah masuk rumah dan melupuskan harta curi bulan lalu.

Tertuduh, M. Panjanathan, 36, dan R. Sharvin, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa memecah masuk sebuah rumah di Taman Machang Bubok dan mencuri seutas jam tangan jenama Rolex, seutas gelang emas dan lima loket emas pada pukul 1.15 tengah hari, 18 Januari lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa bersama menghapuskan harta curi iaitu sebuah permainan video Sony Playstation 3 milik seorang individu di sebuah premis di Kompleks Megamall Pinang di sini, 21 Januari lalu.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshakila Dahari.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM6,000 bagi pertuduhan pertama manakala jaminan bagi pertuduhan kedua ditetapkan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya