18,751 calon duduki SPM 2022 di Terengganu - Utusan Malaysia

18,751 calon duduki SPM 2022 di Terengganu

PENJADUALAN SPM 2022 melibatkan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana terkesan dengan bencana banjir dan calon yang disahkan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 18,751 calon  menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di 176 pusat peperiksaan di Terengganu bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan negeri, Awi Salleh, berkata, jumlah itu terdiri daripada 16,891 calon biasa, 904 calon persendirian dan 564 calon Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Selain itu menurut beliau, seramai 233 lagi adalah calon sekolah menengah agama negeri, sekolah menengah agama rakyat (90 calon) serta calon sekolah swasta (69 calon).

“Daripada jumlah keseluruhan 18,751 orang, 114 merupakn calon berkeperluan khas iaitu pelajar masalah pembelajaran, kurang upaya buta, pertuturan, fizikal, pendengaran dan rabun.

“Lima calon orang asli juga terlibat dengan SPM 2022 manakala enam lagi menduduki peperiksaan di hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kelancaran hari pertama SPM 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohd. Said di sini, hari ini.

Menurut Awi, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berbangga dengan usaha semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan pelajar yang melakukan persediaan rapi menjelang  SPM 2022.

Jelasnya, komitmen ditunjukkan itu dapat membantu calon lebih bersedia dan fokus untuk menduduki peperiksaan sekaligus meningkatkan imej serta kecemerlangan pendidikan di negeri itu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya