Zuraida, Pak Wan dilantik Timbalan Presiden MN

Zuraida, Pak Wan dilantik Timbalan Presiden MN

REDZUAN MD. YUSOF dan ZURAIDAH KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

Pelantikan itu dibuat selepas beliau menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu setelah dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) beberapa minggu lalu.

Turut dilantik sebagai timbalan presiden adalah Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar Ramanaidu dan Prof. Dr. Mohd. Redhuan Tee Abdullah.

Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, pelantikan keempat-empat individu tersebut itu mampu membantu menggerakkan aktiviti pertubuhannya dengan lebih efektif.

“Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi MN bersetuju pelantikan empat individu ini bagi membantu presiden melaksanakan program program MN.

“Keempat-empat mereka telah dipersetujui untuk mengambil tanggungjawab sebagai timbalan presiden bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang banyak diputuskan akan dapat dilaksanakan baik dan sempurna,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat MN di ibu negara.

Pada masa sama, katanya, pertubuhannya merancang untuk mengadakan konvensyen pada tahun ini.

“Kita bertekad untuk memastikan MN menjadi badan bukan kerajaan yang benar-benar berwibawa dan dapat menghasilkan gagasan yang positif dan baik dalam pembinaan negara bangsa.

“Bagi mencapai tujuan tersebut kita bercadang mengadakan Konvensyen MN pada Mac atau sebelum pertengahan tahun dan akan membincangkan perkara-perkara secara fokus berdasarkan enam kluster.

“Hasil Konvensyen diharap dapat disampaikan kepada pelbagai pihak berwajib sebagai satu inisiatif MN bagi membantu proses pembinaan negara bangsa lebih baik dan sejahtera di masa akan datang,” katanya.

MN meraih kira-kira 25,000 ahli ketika ini dan berhasrat membentuk badan perhubungan peringkat negeri, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, ketika ditanya sama ada MN berhasrat untuk didaftarkan parti politik, Annuar bagaimanapun menafikannya.

“Dah banyak parti politik di Malaysia jadi kita akan kekal sebagai NGO. Saya rasa banyak yang boleh MN sumbangkan dengan cara kita sendiri tanpa perlu bergerak sebagai parti politik. Pendaftar Pertubuhan (RoS) pun telah luluskan MN sebagai NGO jadi kita akan kekal sedemikian. 

“Memang kita ada pilihan sama ada nak bergerak melalui kerangka politik atau kerangka biasa seperti negeri, daerah atau mukim tapi cara itu lebih sukar.

“Dalam Perlembagaan MN, strukturnya mungkin begitu (kerangka politik) tetapi badan perhubungan sahaja serupa, tak macam parti politik, kita tak ada pemilihan parti dan sebagainya.

“Yang penting, kita nak mendekati komuniti akar umbi. Parti-parti politik tak perlu bimbang kerana kita akan mesra dengan semua parti, kita rentas parti. Kita ada ahli dari PBM, Bersatu, UMNO, Pas dan Pejuang..semua ada,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya