UUM kekalkan akreditasi berprestij dunia

UUM kekalkan akreditasi berprestij dunia

UUM mengekalkan akreditasi berprestij daripada AACSB bagi tempoh lima tahun lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengekalkan akreditasi berprestij daripada The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) bagi tempoh lima tahun lagi dengan menggunakan piawaian baharu iaitu 2020 Business Accreditation Standards.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, kejayaan mempertahankan akreditasi AACSB itu secara tidak langsung membuktikan kualiti program akademik di universiti berkenaan yang berterusan.

Katanya, universiti itu memperoleh akreditasi tersebut buat kali pertama pada Ogos 2016 melalui pengumuman daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Akreditasi AACSB ketika itu, Robert D. Reid di Tampa, Florida, Amerika Syarikat.

“Hari ini, UUM adalah salah satu daripada lima peratus sekolah dunia yang menawarkan ijazah perniagaan yang mendapat akreditasi AACSB. Di Malaysia, hanya lima institusi yang diiktiraf oleh AACSB termasuk UUM. 

“UUM merupakan antara sekolah perniagaan terbesar yang mendapat akreditasi AACSB dengan 16 program sarjana muda dan lapan program pascasiswazah yang diakreditasi dengan melibatkan seramai 14,544 pelajar dan 442 pensyarah sepenuh masa,” katanya di sini hari ini.

Anugerah kecemerlangan daripada akreditasi tersebut disampaikan dalam Majlis Anugerah Jaya Universiti di UUM, Sintok hari ini.

Haim Hilman berkata, AACSB International adalah badan piawaian antarabangsa yang berprestij dan tertua untuk sekolah perniagaan di dunia yang menyediakan jaminan kualiti yang diperlukan untuk program perniagaan.

“Pada tahun 2020, AACSB International mengemas kini piawaian akreditasi perniagaan untuk memiliki standard kualiti tertinggi dunia dalam pendidikan perniagaan. 

“Sebanyak sembilan piawaian disusun kepada tiga kategori iaitu, pengurusan strategik dan inovasi, kejayaan pelajar dan kepimpinan pemikiran, penglibatan dan kesan masyarakat,” katanya. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya