UMS lancar Pelan Strategik Digital ke arah pendigitalan universiti

UMS lancar Pelan Strategik Digital ke arah pendigitalan universiti

KAMPUS UMS di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seiring dengan agenda dalam memperkasakan pendigitalan universiti bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Pelan Strategik Digital (PSD-UMS) 2023-2025 yang menekankan rangka kerja komprehensif ke arah agenda tersebut.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim  Mansor berkata, pelan tersebut menggariskan lima teras utama.

Iaitu, meliputi Infrastruktur digital universiti yang mampan dan selamat; Perkhidmatan digital cerdas, inklusif dan bersepadu; Pemanfaatan data universiti yang holistik dan komprehensif; Tadbir urus yang  tuntas, pantas dan lestari serta Pemerkasaan dan penyegeraan gaya hidup digital .

Menurut beliau, sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025, pelan berkenaan diharapkan dapat  menekan aspek ekosistem pembelajaran digital.

Sehubungan itu, ianya  mampu meluaskan akses pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan Tinggi.

“Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan inisiatif digital ini amat penting dalam memastikan UMS berada pada landasan yang tepat dan terus bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi revolusi industri 4.0 (IR4.0).

Selanjutnya memberi manfaat kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih mampan di masa akan datang,” kata beliau.

Pelancaran pelan tersebut telah dilancarkan oleh Naib Canselor UMS di Majlis Perutusan Tahun Baharu dan 100 Hari Naib Canselor di Dewan Canselor UMS, baru-baru ini.

PSD-UMS 2023-2025  dibangunkan berlandaskan metodologi pembangunan yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Selain itu, pelan tersebut  menyenaraikan 18 strategi, 47 program dan 168 inisiatif bagi menyokong lima teras utama sedia ada.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya