UMNO perlu terima hakikat parti hampir karam - Utusan Malaysia

UMNO perlu terima hakikat parti hampir karam

MOHAMAD Hasan ketika hadir pada Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Turut bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu hakikat yang sangat pahit bahawa parti hampir tenggelam dan karam, serta dibadai taufan yang menggerunkan.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pilihan raya umum lepas, adalah titik hitam, yang akan selamanya, menghantui UMNO dan tidak mungkin dilupakan, selagi hayat dikandung badan.

“Kita tewas dengan kekalahan yang amat menginsafkan. Kekalahan yang membuka mata, menggegar minda, merenyuk sanubari.

“Kita semua terpukul hebat, dengan penolakan secara besar-besaran orang Melayu terhadap UMNO,” katanya dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Jelasnya, meneliti trend pengundian semenjak tiga pilihan raya umum lepas, beliau menyimpulkan bahawa, UMNO sudah mengalami kesusutan sokongan semenjak PRU12 lagi.

“Dan ia semakin merosot dari PRU ke PRU. Akhirnya, mimpi ngeri melihat UMNO kalah, benar-benar terjadi. Kita benar-benar, dipukul dengan hebat, dan memalukandalam PRU15.

“Terus terang, saya nyatakan bahawa, saya sememangnya menjangkakan, bahawa PRU15, adalah suatu pertempuran yang amat sukar. Tetapi tidak saya sangka sama sekali bahawa ia akan menjadi separah dan seteruk ini,” jelasnya.

Katanya, bukan sahaja bacaan parti tersasar, bahkan analisis pelbagai kajian oleh pelbagai entiti bebas juga jauh meleset.

“Segala analisis pilihan raya yang kita dapati dari sumber dalaman dan ‘polling agency’ menunjukkan bahawa kita akan menghadapi saingan sengit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya