Wanita mengaku salah buang bayi baru lahir dari tingkat 10

Wanita mengaku salah buang bayi baru lahir dari tingkat 10

NURAN Batrisya Jamaludin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baharu dilahirkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ibu mu­da mengaku bersalah di Mah­kamah Sesyen di sini semalam, atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi pe­rempuannya yang baharu lahir di Taman Sutera Utama di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Nuran Batrisya Jamaludin, 22, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu mengangguk faham dan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa menyebabkan kematian seorang bayi pe­rempuan di kawasan parkir ke­reta Blok Rajawali, Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 2, Taman Sutera Utama, di sini, antara pukul 11 pagi hingga 2.30 petang, pada 20 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang belum ber­kahwin memohon budi bicara mahkamah untuk membenarkan dirinya diikat jamin atas alasan perlu menjaga kembar kepada mangsa dan mempunyai tanggungan keluarga lain.

“Saya nak jaga ‘baby’ (bayi kembar kepada mangsa), saya ada tanggungan lagi,” rayu wa­ni­ta itu yang tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin tempatan beserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport, melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan keputusan hukuman.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditahan selepas disyaki mencampak bayi perempuan yang baharu dilahirkan dari tingkat 10 sebuah flat di sini hingga menyebabkan kematian sebelum ditahan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN