Sisa daging babi atas jalan untuk dilupuskan - Utusan Malaysia

Sisa daging babi atas jalan untuk dilupuskan

ANTARA gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan cebisan daging khinzir bertaburan di sepanjang jalan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang sejak awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Daging khinzir yang bertaburan di sepanjang Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi di sini adalah sisa dari tempat sembelihan haiwan itu yang sedang dibawa untuk dilupuskan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan sisa-sisa daging khinzir yang bertaburan di sepanjang jalan terbabit hingga menimbulkan rasa kurang menyenangkan.

Tambahnya, aduan itu diterima sejak pukul 6 pagi oleh Balai Polis Tasek Gelugor dan Sungai Dua di sini.

“Pemantauan di lokasi mendapati terdapat sisa-sisa khinzir hasil penyembelihan di jalan berkenaan seperti yang dilaporkan.

“Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan telah dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Tasek Gelugor, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta kakitangan syarikat terbabit,” ujar beliau.

Siti Nor Salawati berkata, kes itu disiasat mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (L.N. 166/59).

“Dalam hal ini, polis ingin menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum itu, tular beberapa keping gambar mengenai kejadian tersebut di media sosial hingga ada sesetengah pihak mendakwa ia sengaja dilakukan oleh pihak tertentu atau terdapat unsur-unsur sabotaj. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.