SKN Sarawak dilantik ahli lembaga pengarah LHDN

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dilantik ahli lembaga pengarah LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar dilantik sebagai wakil untuk menganggotai lembaga pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini (20 Jan) dan akan dilantik berkuat kuasa serta-merta memegang jawatan.

DR WAN LIZOZMAN WAN OMAR

“Hari ini, saya telah melantik Setiausaha Kewangan Negeri (Sarawak) sebagai wakil untuk menganggotai lembaga pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ia adalah lembaga penting di mana portfolionya memerlukan pengalaman dan profesionalisme dan Setiausaha Kewangan Negeri menepati kriteria tersebut,” katanya.

Beliau menyatkn demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) peringkat tinggi di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Pelantikan itu dibuat sebagai rumusan selepas Premier Sarawak,  Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata tahun lepas Sarawak akan mencalonkan setiausaha kewangan negeri sebagai wakilnya untuk menganggotai lembaga pengarah LHDN.

Ini berlaku selepas Kabinet Persekutuan meluluskan cadangan pindaan kepada Akta Hasil Dalam Negeri 1995 untuk memasukkan wakil masing-masing dari Sarawak dan Sabah sebagai ahli lembaga LHDN.

Justeru, mempunyai wakil dari Sarawak dalam lembaga LHDN akan membolehkan Sarawak mengetahui fakta dan angka hasil negara, termasuk jumlah sumbangan Sarawak. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya