Anak sifatkan ayah, mak sebagai pasangan setia hingga hujung nyawa - Utusan Malaysia

Anak sifatkan ayah, mak sebagai pasangan setia hingga hujung nyawa

MOHAMAD Shaufi Awang Kecik (kiri) bersama isteri Kamarsah Musa yang maut dalam kemalangan di Jalan Selising-Tok Bok, berhampiran simpang Kampung Sungai Durian di sini, Pasir Puteh, Kelantan.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Hubungan erat sepasang suami isteri warga emas dari Kampung Pek, Machang yang sentiasa bersama ke mana sahaja umpana setia hujung nyawa apabila mereka berdua maut dalam kemalangan di Jalan Selising-Tok Bok, berhampiran simpang Kampung Sungai Durian di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.40 pagi, Mohamad Shaufi Awang Kecik, 69, dan isteri Kamarsah Musa, 68, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Anak sulung mangsa Yuslizawati,48, kedua-dua ibu bapanya itu selalu keluar bersama-sama ke mana sahaja termasuk berulang-alik ke rumahnya di Bukit Marak, Kota Bharu.

Katanya, sebelum kejadian dia sempat bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya itu dan tidak menyangka ia menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Tidak ada apa-apa perubahan yang saya lihat pada mereka berdua, semuanya seperti biasa. Saya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 7.45 pagi.

“Ketika itu saya baru tiba di tempat kerja. Saya terus bergegas ke lokasi kejadian. Pada mulanya saya masih berharap keadaan tidak terlalu serius. Tetapi apabila melihat gambar kejadian yang dihantar, saya tahu mereka sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Anis di sini sebentar tadi.

Yuslizawati memberitahu, bapa yang bekerja sendiri dan masih aktif itu sering berulang-alik dari Kampung Pek ke rumahnya di Bukit Marak.

Katanya, jenazah kedua-dua ibu bapanya itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Kampung Pek.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sepasang suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang mereka naiki tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta di Jalan Selising-Tok Bok, berhampiran simpang Kampung Sungai Durian di sini, pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN