Selangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus - Utusan Malaysia

Selangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus

Bahan binaan Selangor
AMIRUDIN Shari meninjau perumahan baharu Rumah Selangorku Kemuning Idaman selepas menyerahkan kunci kepada penerimanya di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bersedia mendepani kenaikan harga bahan binaan yang melambung 180 peratus terutama bagi pelaksanaan projek perumahan mampu milik di negeri ini berikutan kesan akibat konflik perang Rusia-Ukraine dan tekanan ekonomi global.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, harga bahan seperti simen, batu bata dan besi mengakibatkan aktiviti pembangunan perumahan mampu milik yang dalam pembinaan dan perancangan bakal tergendala.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah terutama B40 yang menetap di bandar,” katanya ketika berucap pada  Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Selangorku Kemuning Idaman, hari ini.

Pada program itu, seramai 20 keluarga hadir menerima kunci dan sebanyak 650 buah rumah terdapat di pangsapuri tersebut. 

Beliau menambah, kerajaan negeri sedia maklum mengenai situasi itu yang semakin mencabar dan pelbagai usaha dilakukan bagi menghadapinya.

“Langkah itu antaranya memperkukuhkan lagi ‘smart partnership’ membangunkan rumah Selangorku dengan pihak berkaitan. Pihak seperti Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),” ujarnya.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan, sebanyak 386 projek  diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melibatkan 221, 671 unit rumah Selangorku, MBI Idaman dan Rumaj Harapan sehingga 1 Januari lalu.

“Sebanyak 93 projek rumah Selangorku siap dibina dan diserahkan kunci melibatkan 33,061 unit manakala 61 projek lagi dalam pembinaan.

“Projek yang belum dibina masih dalam peringkat perancangan bagi mendapatkan kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan,”  jelasnya.

Tambah Amirudin, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) terlibat dalam penyediaan Rumah Selangorku yang kini membangunkan lima lokasi melibatkan pembinaan 3,500 unit rumah.

“Rumah Selangorku itu antaranya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan Projek Rumah Selangor Alam Impian Shah Alam,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya