Saya tak guna proksi - KJ jawab Puad

Saya tak guna proksi – KJ jawab Puad

KHAIRY JAMALUDDIN dan PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan beliau mempergunakan dua ahli parti itu untuk membuat bantahan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, semalam. 

Perkara itu ditegaskan menerusi Instastory hari ini. 

“Saya tidak berselindung di sebalik proksi atau bulldozed motion (paksaan). Saya berjuang dengan cara sendiri. Baru betul ‘sedia untuk lawan’,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Datuk Dr Puad Zarkashi menempelak pujian diberikan Khairy kepada dua ahli parti yang merujuk ROS berkait isu usul tambahan.

Ia selepas dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada RoS semalam berhubung usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti kekal tidak dicabar dalam pemilihan parti.

Menerusi menerusi hantaran di Facebook hari ini, Puad mempersoalkan sama ada tindakan terbabit satu keberanian atau kedua-dua hanya dipergunakan.

Puad secara sinis menegur pemimpin tertentu supaya tidak menggunakan orang bawahan untuk menjayakan agenda mereka. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya