Rombakan Kabinet Sabah, tiga pembantu menteri baharu dilantik

Rombakan Kabinet Sabah, tiga pembantu menteri baharu dilantik

TAN Lee Fatt (kiri), Peto Galim (tengah) dan Ruslam Muharam (kanan) mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rombakan Kabinet Negeri Sabah yang berlaku pada 11 Januari lalu memperlihatkan liga lantikan baharu dilakukan bagi jawatan pembantu menteri.

Pelantikan itu selepas  dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) digugurkan daripada senarai pembantu menteri.

Pengguguran itu dibuat selepas sebahagian ADUN BN menyertai Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam menarik sokongan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor padda 6 Januari lalu.

Tiga pembantu menteri baharu yang dilantik ialah Datuk Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri; Peto Galim (PKR-Inanam) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan manakala, Tan Lee Fatt (DAP-Likas) dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan.

Turut berlaku adalah pertukaran portfolio dalam kalangan pembantu menteri iaitu Datuk Rudy Awah (GRS-Pitas) kini memegang portfolio sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Harun Durabi (BN-Bengkoka) sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Datuk Fairuz Renddan (GRS-Pintasan) sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan serta Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Tanjung Batu) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.

Dengan pengumuman itu, dua pembantu menteri yang dilantik sebelum ini iaitu Pembantu Menteri Pembangunan Industri, Mohd Tamin Zainal (Pantai Manis); dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Hamsan Awang Supian (Sungai Sibuga) telah digugurkan daripada senarai.

Pertukaran portfolio Andi Muhammad Suryady, yang juga Ahli Parlimen Libaran dan Harun Durabi menunjukkan kedua-dua mereka bersama dengan lima lagi ADUN BN tidak menarik sokongan daripada Hajiji Noor.

Lima ADUN lain ialah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr Yusof Yacob.

Pada 11 Januari lalu, ADUN BN yang tidak menyokong Bung Moktar telah dilantik dalam barisan Jemaah Kabinet Negeri iaitu Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat) yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya manakala, Datuk James Ratib (Sugut) dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Turut dilantik sebagai anggota Kabinet Negeri yang baharu ialah Datuk Christina Liew (PKR-Api-Api) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar; serta Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian. –UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.