Pesuruhjaya kanak-kanak dilantik anggotai Suhakam

Pesuruhjaya kanak-kanak dilantik anggotai Suhakam

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak itu juga disifatkan sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam.

“Kita putuskan tentang pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak untuk anggotai Suhakam, jadi dia satu cabang khas yang berautonomi di bawah mereka kerana terlalu banyak masalah penderaan dan sosial terkait dengan kanak-kanak.

“Saya juga minta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan jawatankuasa sosial untuk teliti semua masalah terkait dan ia juga bawah penyelenggaraan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Pejabat beliau, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya