Perlu peka, ambil kira ciri-ciri tanda awal tanah runtuh

Perlu peka, ambil kira ciri-ciri tanda awal tanah runtuh

ORANG ramai perlu diingatkan tentang perlunya mengetahui ciri ciri awal berlakunya tanah runtuh -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai perlu sentiasa peka, perlu didedahkan dengan ciri-ciri dan tanda awal kejadian tanah runtuh yang mampu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan orang tersayang.

Pensyarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, tanah runtuh merupakan fenomena bencana alam yang seakan-akan bom jangka, kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tidak mengira tempat dan masa.

Menurutnya, oleh itu penting untuk orang ramai mengetahui dan didedahkan dengan tempat-tempat yang berisiko dan mengenal pasti antara indikator awal untuk berlakunya kejadian tanah runtuh.

“Antara indikator boleh diberi perhatian adalah seperti kawasan-kawasan yang mencatatkan menerima sebanyak 20mm air hujan setiap hari, kerana dengan jumlah air hujan diterima, ia boleh memulakan proses hakisan yang boleh mencetuskan tanah runtuh.

“Kawasan yang mempunyai tekstur tanah liat, mengandungi pasir, dan berkelodak juga berpotensi menyebabkan tanah runtuh kerana kawasan itu telah terdedah dengan impak hujan yang berterusan minima tiga hari walaupun terdapat penutupan dipermukaan tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, kawasan bercerun seperti lereng bukit yang tiada penutupan dipermukaan tanah juga perlu diawasi dan perlu sentiasa berwaspada oleh orang ramai.

Katanya, justeru itu, penting untuk amaran awal dikeluarkan kepada orang awam jika ciri-ciri dan tanda awal tanah runtuh sudah ada di kawasan yang berpotensi untuk berlakunya bencana alam itu.

Terdahulu, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada 16 Disember lepas yang telah mengakibatkan seramai 31 orang terkorban dalam tragedi itu. –UTUSAN

-HABIS-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya