JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Presiden Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor dekat sini.
Pertemuan itu antara acara rasmi dalam lawatan pertamanya ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, November lalu.
Pelbagai perkara akan dibincangkan dalam pertemuan ini termasuk penglibatan Malaysia dalam pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN).
Satu kenyataan bersama akan didakan sejurus selepas acara Verandah Talk.- UTUSAN