Perdana Menteri bertemu Jokowi di Istana Bogor

Perdana Menteri bertemu Jokowi di Istana Bogor

Perkarangan Istana Bogor, Jakarta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan dua hari ke Indonesia diberikan sambutan rasmi di Istana Bogor dan disambut Presiden Joko Widodo.

Ketibaan Anwar disusuli 19 kali bedilan meriam diiringi lagu Negaraku dan Indonesia Raya.

Anwar kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan Presiden seterusnya diperkenalkan oleh Jokowi kepada barisan Kabinet serta pegawai utama Indonesia.

Beliau yang lengkap bersongkok turut memperkenalkan delegasi Malaysia yang hadir pada upacara tersebut.

Anwar meneruskan acara dengan menanam pokok Merawan (Hopea odorata) di pekarangan istana.

Menaiki buggy yang dipandu sendiri Jokowi, kedua-dua pemimpin mengelilingi Kebun Raya Bogor yang seluas 87 hektar dan terdapat 15,000 spesies pokok dan juga tumbuhan.

Usia Kebun Raya Bogor sudah mencecah 205 tahun, sekali gus menjadi taman botanik tertua di dunia.

Kebun Raya Bogor mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sejurus selepas itu, Presiden Jokowi mengadakan pertemuan khas dalam sesi bersembang di beranda Istana Bogor, juga dikenali sebagai Veranda Talk bersama Perdana Menteri.

Ia adalah tradisi yang diperkenalkan Presiden Jokowi untuk tetamu negara yang penting dan rapat dengan negara.

Acara rasmi diteruskan dengan kedua-dua pemimpin menyaksikan penyerahan Surat Minat (LOI) bagi penyertaan syarikat Malaysia dalam projek Ibu Kota Nusantara (IKN) oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada Pengerusi Pihak Berkuasa IKN, Bambang Susantono. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.