Penutupan premis judi di Perlis dalam perancangan - Utusan Malaysia

Penutupan premis judi di Perlis dalam perancangan

MOHD. Shukri Ramli merakamkan gambar bersama penjawat awam di Perlis selepas menyampaikan amanat dalam majlis di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas daripada Penasihat Undang-Undang Negeri terlebih dahulu berhubung pelaksanaan menghentikan operasi premis perjudian dan loteri di negeri ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, buat masa ini, kerajaan negeri sememangnya mempunyai perancangan bagi pelaksanaan itu dan penelitian berhubung aspek perundangan sedang dilaksanakan.

“Insya-Allah jika selesai penelitian dan perbincangan itu, saya akan isytiharkan sesuatu, jadi kita tunggu dan lihat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Perlis yang berlangsung di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’sele Eizan dan wakil rakyat di negeri ini.

Terdahulu, Mohd. Shukri menyampaikan amanat kepada 1,300 penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai kakitangan, pengarah dan ketua jabatan di negeri ini.

Usaha Perlis bagi menghentikan operasi premis judi dan loteri dilihat seiring dengan keputusan kerajaan Kedah yang melakukan pelaksanaan itu bermula pada 1 Januari lalu.

Keputusan menamatkan lesen operasi premis judi dan loteri di seluruh negeri Kedah itu dibuat kerajaan negeri Kedah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November 2021.

Sementara itu, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Gan Ay Ling berkata, penguatkuasaan berhubung pertaruhan dan perjudian dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan penutupan premis judi.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, kerajaan negeri boleh melaksanakan edukasi atau pengajaran kepada masyarakat mengenai kesan aktiviti perjudian itu.

“Sewajarnya langkah-langkah ini perlu diberikan perhatian terlebih dahulu sebelum pelaksanaan lain diputuskan kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya