Pemandu maut dalam nahas jalan raya

Pemandu maut dalam nahas jalan raya

ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kemalangan berlaku, di Jalan Setia Raja, Mukah di sini petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Seorang pemandu terkorban apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Setia Raja, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Operasi Sarawak menerima maklumat kejadian pada jam 1.26 petang hari ini.

Menurut Jurucakap PGO Sarawak, mangsa maut dikenali sebagai Abdul Malik Mahden, 56.

Katanya, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah yang menerima panggilan mengenai kejadian segera menggerakkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Komander operasi maklum kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Toyota Vios yang terbabas di bahu jalan raya.

“Pasukan Bomba bertindak mengangkat dan mengalih seorang lelaki dewasa dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan menggunakan pengusung.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatah Malaysia di lokasi kejadian dan seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN