Pelantikan Nurul Izzah terima reakzi berbeza

Pelantikan Nurul Izzah terima reaksi berbeza

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempunyai merit serta pengalaman yang memuaskan untuk dilantik menjadi penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dr. Mazlan Ali dari Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur berkata, Nurul Izzah adalah ahli politik kanan yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta mempunyai pengalaman sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Kita perlu lihat Nurul Izzah dengan merit yang beliau bawa selama tiga penggal menjadi wakil rakyat kerana dia popular atas kebolehannya sendiri.

“Nurul Izzah tidak juga selalu menonjolkan dirinya sebagai legasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lebih banyak mengambil inisiatif sendiri dengan idea-idea yang segar untuk kepentingan rakyat.

“Politik kekerabatan ini kita tidak boleh elakkan kerana ia juga berlaku di luar negara. Mereka katakan ia adalah nepotisme tetapi John F. Kennedy juga melantik adik-beradiknya sendiri dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kerana berkelayakan,” katanya.

Dalam nada sama, pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, pelantikan tersebut akan menjadi ‘bola tanggung’ bagi parti politik lain namun tidak adil untuk minta Nurul Izzah berundur daripada jawatan itu.

“Kecaman yang dilontarkan kepadanya tidak sepatutnya berlaku kerana perkara itu diumumkan sendiri oleh Nurul Izzah sekali gus menunjukkan pelantikannya bukan rahsia,” katanya.

Sementara itu, bagi Presiden Komuniti The Dr. Wu Lien-Teh, Datuk Seri Anwar Fazal, pelantikan Nurul Izzah adalah pilihan yang tepat.

“Saya tidak nampak ini sebagai nepotisme kerana dia sukarela berbakti tanpa sebarang bayaran. Kita patut berterima kasih kerana Nurul Izzah merupakan aset berharga bagi

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito menegaskan, Nurul Izzah yang hanya berkelayakan dalam bidang kejuruteraan dan hubungan antarabangsa.

“Beliau tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan, walaupun latar belakang demikian tidak diperlukan untuk peranan politik utama seperti menteri namun harus menjadi satu kemestian bagi penasihat dan kaunselor.

“Beliau sudah menjelaskan bahawa dia tidak akan mendapat gaji untuk pekerjaan itu tetapi perlu difahamkan nilai sebenar politik yang dibayar oleh rakyat bukanlah kos gaji tapi kesan daripada pembuatan dasar yang buruk,” jelasnya.

Selain itu, Ferlito berkata, tindakan melantik Nurul Izzah yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu sebagai penasihat bukan sekadar berkenaan budaya nepotisme tetapi juga akan memberi impak pada masa depan ekonomi negara.

Katanya, Malaysia tidak boleh membuang masa dalam usaha untuk membetulkan serta merancakkan ekonomi yang telah terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Dasar yang tidak baik, walaupun ia berpandukan niat yang baik, boleh merosakkan sesebuah negara.

“Malaysia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan isu-isu struktur dan kita sepatutnya fokus persediaan untuk menghadapi cabaran ekonomi yang akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN