Pelajar guna alasan sambut tahun elak dicekup berkhalwat

Pelajar tingkatan empat guna alasan sambut tahun baharu elak dicekup berkhalwat

PASANGAN remaja dicekup selepas disyaki berdua-duan oleh JAHEAIK dalam Operasi Ambang 2023 di Kota Bharu, pagi tadi. - FOTO/IHSAN JAHEAIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat memberi alasan hanya mahu keluar menyambut Tahun Baharu 2023 selepas dia ditangkap bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di dalam bilik sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.

Kedua-dua remaja itu dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) semasa menjalankan Operasi Ambang 2023 pada pukul 4 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, anggota penguat kuasa mendapati kedua-dua remaja disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.

“Mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.

“Kedua-dua remaja itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Fadzuli memberitahu, seramai 11 orang wanita diberi notis untuk hadir khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan manakala satu kes diberi amaran keras.

“Fokus utama operasi itu adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.

“Pada masa sama, JAHEAIK turut mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.