Hishamuddin hadir PAU 2022

PAU 2022 : Hishamuddin hadir PAU 2022

Hishammuddin Tun Hussein turut hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. FOTO / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikatakan 10 ahli Parlimen menandatangani surat akuan bersumpah (SD) turut menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Ahli Parlimen Sembrong itu dilihat duduk di bahagian perwakilan bersama Bahagian Sembrong.

Terdahulu beliau merupakan antara 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain Hishamuddin, empat wakil rakyat BN terlibat adalah Datuk Seri M. Saravanan (Tapah), Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

Lima lagi wakil rakyat Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu), Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (Tampin) dan Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

Ka Siong yang merupakan Presiden MCA juga hadir ke perhimpunan hari ini.

Kelmarin Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan 10 Ahli Parlimen termasuk daripada UMNO yang menandatangani SD menyokong pelantikan Muhyiddin ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup kelmarin.

Bagaimanapun mereka diminta untuk membatalkan SD ditandatangani untuk menyokong Muhyiddin dan semuanya akur dengan arahan itu kerana parti tidak membuat sebarang keputusan untuk menyokong sama ada PN atau Pakatan Harapan.

Bagaimanapun akhbar ini difahamkan Ahmad Zahid memaafkan semua wakil rakyat yang belot kerana menandatangani akuan bersumpah dan mahu mereka kembali ke pangkuan parti. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya