Malaysia raih manfaat pelaburan AWS

Malaysia raih manfaat pelaburan AWS

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada wakil-wakil Amazon Web Services (AWS) di Perdana Putra, di sini hari ini - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaburan strategik oleh Amazon Web Services (AWS) terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau dan menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi digital negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu bukan sahaja meningkatkan keupayaan infrastruktur digital negara, malah membuka peluang lebih luas kepada syarikat tempatan untuk menembusi rantaian nilai global.

Menurut beliau, selepas setahun pelancaran AWS Rantau Malaysia, impak pelaburan berkenaan semakin jelas dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital selari dengan agenda Kerajaan Madani.

“Kerajaan menegaskan kepentingan supaya limpahan manfaat pelaburan ini turut dinikmati syarikat tempatan, khususnya melalui penglibatan lebih meluas dalam rantaian bekalan dan perkhidmatan sokongan teknologi,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi AWS yang diketuai Naib Presiden Dasar Awamnya, Michael Punke.

Dalam pada itu, kerajaan akan terus memperkukuh dasar sedia ada bagi memastikan pelaburan strategik berimpak tinggi seperti ini memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi negara serta mempercepat agenda Malaysia sebagai hab digital serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN