Pasar raya didenda RM70,000 - Utusan Malaysia

Pasar raya didenda RM70,000

Pasar raya didenda
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di bandar raya ini dikenakan denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah melakukan unsur pencatutan apabila menaikkan harga dua jenis barangan iaitu sawi pendek dan cili merah.

Hakim Rasyihah Ghazali memutuskan demikian selepas mendengar pengakuan daripada wakil pasar raya berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapannya, semalam.

Menurut, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey, pasar raya terbabit yang dipanggil sebagai Orang Kena Saman (OKS) melakukan kesalahan menaikkan peratusan margin kedua-dua bahan makanan itu.

“Sekilogram sawi pendek sebanyak 8.31 peratus yang mana tindakan itu menyebabkan kenaikan peratusan margin daripada 33.46 kepada 41.77 peratus. Sementara sekilogram cili merah sebanyak 8.59 peratus yang mana tindakan itu menyebabkan kenaikan peratusan margin daripada 7.04 kepada 15.63 peratus

“Penentuan pencatutan dibuat berdasarkan Peraturan 5 (1), Peraturan-Peraturan KawalanHarga dan Anti Pencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, OKS dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan penguat kuasa KPDN Selangor sebelum ini menjalankan Operasi (Op) Pasar (sayur-sayuran) dekat pasar raya terbabit dan melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui elemen-elemen kesalahan di bawah akta berkenaan.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh sepasukan Penguat Kuasa KPDN Selangor di sana membawa kepada siasatan lanjut dan elemen-elemen kesalahan di bawah AKHAP 2011 dapat ditemui yang akhirnya membawa kepada kes dituduh semalam.

“Asas tindakan bermula dengan tindakan serahan Notis Pengesahan Maklumat Harga dan Barangan (NPMB) dan Notis Bertulis Seksyen 21 AKHAP 2011 (NB) kepada wakil premis perniagaan yang beroperasi sebagai rantaian pasar raya besar bagi tujuan keperluan siasatan,” jelasnya.

Tambah Mohd. Zuhairi lagi, beliau berharap pertuduhan itu menjadi isyarat dan peringatan terhadap mana-mana rantaian perniagaan agar menjalankan aktiviti perniagaan secara beretika dan selaras dengan peruntukan perundangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya