Pas mahu satukan Melayu dan Islam, bukan bunuh UMNO

Pas mahu satukan Melayu dan Islam, bukan bunuh UMNO

Pas Kerajaan
TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyifatkan bahawa dakwaan parti itu merancang untuk ‘membunuh’ UMNO adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan dibuat dalam keterpaksaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, partinya sentiasa berazam dan bertindak mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam dan orang Melayu yang merupakan kelompok majoriti rakyat negara ini.

Malah, katanya, sejarah politik negara menunjukkan UMNO yang sentiasa bertekad untuk menghapuskan Pas termasuk percubaan untuk mengharamkannya pada suatu ketika dahulu.

“Usaha penyatuan ummah juga seterusnya digagaskan merentasi rakyat pelbagai kaum dan agama bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni melalui saluran demokrasi dan berlandaskan lunas undang-undang.

“Sehubungan itu sebagai sebuah parti arus perdana, Pas akan terus bersikap terbuka serta bersedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan dengan mana-mana pihak dengan memfokuskan kepada titik-titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat jelata,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Pas ingin membunuh UMNO dalam politik negara ini dan pada masa yang sama menganggap DAP ikhlas terhadap UMNO.

Di samping itu, Takiyuddin berpendapat, hanya dengan perpaduan semua parti-parti politik yang terbentuk di atas keikhlasan dan niat murni sahaja akan dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada seluruh rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya seterusnya akan diterima baik oleh semua.

“Pas juga sentiasa menjunjung tinggi amalan serta pendekatan yang matang dan sejahtera dalam politik negara kita selain mendoakan agar sikap melulu, provokatif dan tidak berpijak pada kenyataan atas apa juga sebab dan tujuannya tidak akan menggugat serta merosakkan kesejahteraan dan hubungan baik yang sedia ada dalam masyarakat kita,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.