Neelofa hamil anak kedua? - Utusan Malaysia

Neelofa hamil anak kedua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat pengacara popular, Neelofa yang kerap memegang perutnya ketika majlis sambutan ulang tahun pertama puteranya, Muhammad Bilal, semalam mencetuskan tanda tanya adakah dia kini sedang berbadan dua.

Dalam beberapa video yang tular di media sosial, perubahan ketara pada bahagian perut Neelofa seolah-olah mengesahkan spekulasi yang hangat diperkatakan itu.

“Tahniah, baby bump dah nampak! Betullah ura-ura dia sedang mengandung,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Wow, sudah nampak perutnya. Mungkin sudah lima bulan, tahniah Neelofa,” kata seorang lagi netizen.

Rata-rata warganet juga membuat andaian, pengacara itu masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut walaupun telah memberi bayangan menerusi pelbagai gambar dan video yang tular.

“Ala, sabarlah dulu. Nanti tup-tup Neelofa umum dia bakal melahirkan anak,” kata seorang netizen.

“Macam biasalah, dia simpan dulu cerita mengandung. Tahu-tahu Bilal sudah jadi abang,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan melahirkan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya