MU bangkit benam City 2-1 di Old Trafford

MU bangkit benam City 2-1 di Old Trafford

RASHFORD menjaringkan gol kemenangan United dalam pertemuan menentang City di Old Trafford sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Marcus Rashford muncul wira Machester United apabila menjaringkan gol kemenangan ketika The Red Devil bangkit menewaskan Manchester City 2-1 di Old Trafford sebentar tadi.

Dalam perlawanan derby itu, City terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-60 menerusi tandukan Jack Grealish selepas kedua-dua pasukan gagal menemui jaringan pada separuh masa pertama.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Erik Ten Hag meningkatkan tempo permainan dan Bruno Fernandes yang bijak melepasi perangkap offsaid berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

BRUNO Fernandes menjaringkan gol penyamaan buat United.

Bagaikan mendapat gol semangat, The Red Devil melakukan asakan bertalu arus ke gawang City dan akhirnya Rashford meletakkan United di hadapan pada minit ke-82 selepas menyudahkan hantaran Garnacho dari dalam kotak penalti.

Kemenangan itu membawa United ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas berjaya mengutip 38 dan memintas Newcastle United yang mengumpul 35 mata manakala, City kekal di tangga kedua dengan 39 mata.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini memihak kepada anak buah Pep Guardiola yang menang dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan EPL dengan merekodkan 12 jaringan.

Kekalahan The Citizens itu juga menyaksikan mereka tewas buat kali kedua berturut-turut selepas dimalukan Southampton 2-0 di Stadium St Mary pada pertengahan minggu lalu yang menyaksikan City tersingkir daripada saingan Piala Liga.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya