MT UMNO tidak bincang usul pertandingan Presiden

MT UMNO tidak bincang usul pertandingan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usul pertandingan jawatan tertinggi UMNO termasuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Khas yang berlangsung hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat hanya menyentuh persiapan dan perjalanan Perhimpuan Agung UMNO 2022 selama dua hari bermula esok.

“Memang menjadi kelaziman bahawa mesyuarat khas diadakan untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap untuk persiapan perhimpunan agung. Selain daripada itu, tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Khas UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) juga tidak disentuh dalan mesyuarat malam dan ia akan dibincangkan pada hari lain.

“Tiada bincang pecat siapa-siapa,” katanya ketika ditanya sama ada MT memutuskan soal pemecatan pemimpin UMNO.

Sebelum ini, Wanita UMNO meminta supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ia bagi memberikan kedua-dua pimpinan itu ruang dan sokongan untuk memulih dan memperkasakan UMNO, demi survival politik parti dan negara.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, isu pergolakan politik Sabah tidak disentuh dan perkara berkenaan bakal dibincangkan dalam mesyuarat MT akan datang.

“Mesyuarat hanya bincang perjalanan Perhimpunan Agung esok manakala usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan juga tidak disentuh,” katanya.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya