Mayat warga asing ditemukan dalam bekas tapak lombong

Mayat warga asing ditemukan dalam bekas tapak lombong

MAYAT lelaki berpakaian lengkap dipercayai warga asing ditemui terapung di sebuah bekas tapak lombong berhampiran projek perumahan, Dengkil Selangor. - GAMBAR IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Mayat lelaki berpakaian lengkap dipercayai warganegara asing ditemukan terapung di sebuah bekas tapak lombong berhampiran projek perumahan di sini, petang tadi.

Difahamkan, mayat disyaki meninggal dunia lebih kurang tiga hari yang lalu berdasarkan keadaan tubuh badan mangsa yang lebam dan menggelembung serta kulit mengelupas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat itu ditemukan seorang pemancing pukul 3.05 petang tadi berhampiran tapak Projek MCT Cybersouth, di sini.

Beliau berkata, mayat berketinggian lebih kurang 180 sentimeter (cm) dan bertubuh gempal. Mayat tanpa identiti itu disyaki warganegara asing berikutan tiada tanda suntikan BCG pada lengan si mati.

“Kerja-kerja mengalih dan mengangkat mayat ke tebing tasik dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut di kawasan lombong seluas kira-kira 10 ekar itu tidak menjumpai kenderaan yang digunakan oleh si mati malah, kawasan lombong juga tidak berpagar dan boleh diakses secara bebas.

Wan Kamarul Azran berkata, Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian, namun gagal menemui sebarang petunjuk berikutan mayat berada di dalam air.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.